Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hospital baru di Woodlands dibuka secara bertahap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital baru di Woodlands dibuka secara bertahap

Dec 22, 2023 | 06:45 PM



Woodlands Health (WH), hospital terbaru Singapura, mula beroperasi pada 22 Disember, menyediakan 40 katil bagi hospital masyarakat dalam fasa pertama pembukaannya yang dilakukan secara bertahap.

Jabatan kecemasan dan wad akutnya akan dibuka mulai Mei 2024.

Apabila dibuka sepenuhnya, hospital yang merangkumi wad akut dan masyarakat bersepadu itu dapat menampung kira-kira 1,000 katil serta hampir 400 katil di Menara Penjagaan Jangka Panjang.

Terdapat rancangan selanjutnya untuk menambah sehingga 1,800 katil pada masa depan, kata WH dalam satu taklimat media.

Pembukaan rasmi WH dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang berpeluang melawat kemudahan WH, termasuk klinik pakar dan wad hospital masyarakat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lembaga, pengarah, pengurusan, kontraktor, perunding, arkitek, profesional IT dan semua kakitangan WH serta pasukan NParks yang berdedikasi dan memainkan peranan penting dalam pembukaan dan operasi lancar kampus ini,” ujar Encik Ong.

Terletak di 17 Woodlands Drive, hospital itu juga menyediakan pelbagai perkhidmatan pemulihan termasuk terapi pertuturan, fisioterapi, terapi pekerjaan, podiatri, psikologi dan pemakanan, dietetik serta farmasi.

Ketua Pegawai Eksekutif WH, Dr Jason Cheah, menekankan bahawa WH telah “menggabungkan pendapat pakar daripada pelbagai industri” dan “pandangan penduduk Woodlands” untuk mewujudkan ruang yang kondusif untuk rawatan dan pemulihan, serta kegiatan rekreasi.

Contohnya, hospital ini disepadukan dengan Taman Penyembuhan Woodlands, sebuah taman terapeutik seluas 1.5 hektar yang direka untuk membantu pemulihan mental, emosi dan fizikal.

Ia adalah taman pertama yang dibina khusus oleh Lembaga Taman Negara (NParks) untuk tujuan penyembuhan, dan juga merupakan taman terapeutik terbesar di Singapura pada masa ini.

“WH ialah hospital awam pertama yang menyepadukan tiga sistem teknologi informasi (IT) nasional: Rekod Perubatan Elektronik Generasi Seterusnya (NGEMR), Sistem Pengebilan Nasional (NBS) dan Sistem Farmasi Bersepadu Harmoni Nasional (NHIPS),” tambah Encik Ong.

Sistem ini bertujuan menyelaraskan pengurusan penjagaan kesihatan dan meningkatkan penjagaan pesakit.

Sehingga Disember 2023, WH juga telah menubuhkan 13 Pos Kesihatan Masyarakat (CHP) dengan kerjasama rakan kongsi masyarakat di wilayah barat laut, sebagai sebahagian daripada usaha jangkauan masyarakat.

Selain itu, WH telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti Program GPFirst di kawasan utara yang menggalakkan penduduk melawat doktor keluarga untuk penyakit yang tidak kritikal; Pusat Penjagaan Segera pertama di Kampung Admiralty; serta talian bantuan NurseFirst.


Inisiatif tersebut adalah sejajar dengan objektif program SG Lebih Sihat dan Sihat Menua SG bagi mempertingkat penjagaan pencegahan serta mempermudahkan akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >