Hospital Besar Sengkang rasmi dilancar
Mar 23, 2019 | 2:03 PM
HOSPITAL TERBARU DILANCAR: Hospital Besar Sengkang telah rasmi dilancar oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 23 Mac 2019. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES
HOSPITAL baru yang terbesar di Singapura, Hospital Besar Sengkang (SKH), serta Hospital Masyarakat Sengkang (SKCH), telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pagi tadi (23 Mac).
Terletak di kawasan timur laut Singapura, kampus SKH itu menawarkan pesakit dengan peralihan jagaan mudah daripada diagnosis dan rawatan kepada pemulihan dan jagaan masyarakat.
Buat masa ini, hospital itu menyediakan sekitar 500 katil akut dan 150 katil hospital masyarakat.
Apabila dibuka sepenuhnya nanti, SKH dan SKCH akan masing-masing menambah keupayaan jagaan kesihatan negara dengan sebanyak 1,000 katil akut dan 400 katil masyarakat.

