Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hospital Changi, Ng Teng Fong pertingkat keselamatan

Tindakan lepas masing-masing lapor seorang pekerja diuji positif Covid-19
May 13, 2021 | 5:30 AM
4111726f-33cf-4d1e-bf26-64b9f87b9863
-

HOSPITAL Besar Changi (CGH) dan Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) mempertingkat langkah keselamatan semalam, selepas masing-masing melaporkan seorang kakitangan diuji positif bagi Covid-19.

Kededua hospital juga menerbitkan pesanan bagi menangani keprihatinan pihak awam.

Dua kes itu diumum oleh Kementerian Kesihatan (MOH) lewat kelmarin.

Kakitangan NTFGH itu ialah seorang lelaki warga Malaysia berusia 42 tahun yang bertugas sebagai teknisyen di teater pembedahan.

Beliau pulang ke Singapura dari Malaysia pada 10 Januari dan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) hingga 24 Januari.

Beliau diuji negatif pada 23 Januari tetapi mula batuk-batuk pada 21 April dan tidak mendapatkan rawatan perubatan hingga hampir tiga minggu selepas itu, pada 10 Mei, apabila penyakitnya menjadi lebih teruk.

Beliau diuji di klinik staf NTFGH dan didapati positif Covid-19 pada hari sama.

Dalam satu kenyataannya semalam, JurongHealth Campus, yang merangkumi NTFGH, berkata lelaki itu kini berada di wad di bilik yang diasingkan di hospital itu.

JurongHealth berkata kali terakhir lelaki tersebut berada di tempat kerjanya ialah pada 10 Mei, dan dipercayai sedang menggugurkan sisa virus kecil daripada jangkitan lalu, yang tidak lagi boleh berjangkit.

Ia menambah bahawa lelaki itu tidak mempunyai kontak yang diketahui dengan sebarang kelompok atau staf di TTSH, yang pada masa ini mempunyai kelompok Covid-19 terbesar di Singapura.

JurongHealth berkata sebagai langkah pencegahan, kontak isi rumah lelaki itu telah diuji bagi virus.

Semua tempat yang dikunjunginya juga telah dinyahkuman.

"Kami akan terus memberi sokongan penuh kepada rakan sekerja dan melaksana langkah berjaga-jaga dan protokol kawalan jangkitan ketat bagi melindungi pesakit, pelawat dan staf," kata kenyataan yang diterbitkan di Facebook itu.

Kakitangan CGH yang dijangkiti Covid-19 ialah seorang wanita Cina berusia 43 tahun yang bertugas sebagai jurukemas.

Beliau tinggal serumah dengan satu kes daripada kelompok Lapangan Terbang Changi dan telah dikuarantin pada 8 Mei.

Wanita itu diuji positif bagi Covid-19 pada 10 Mei.

Siasatan awal menunjukkan beliau dijangkiti varian B1617.

Dalam kenyataannya, CGH berkata wanita itu tiada interaksi langsung dengan pesakit dan mematuhi langkah berjaya-jaga seperti memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) semasa menjalankan tugasnya.

Beliau juga telah menerima dua dos vaksin.

Jejak kontak dan ujian swab bagi tujuan pengawasan sedang berjalan dan semua kawasan terjejas telah dibersihkan, kata CGH.

"Kami akan terus bersikap berjaga-jaga untuk melindungi pesakit, ahli keluarga mereka dan staf kami.

"Kami akan terus menyediakan khidmat jagaan dan sokongan kepada pesakit dan rakan kerja."

KES COVID-19 DI SG - 12 MEI

JUMLAH BARU: 16 DALAM MASYARAKAT: 10 IMPORT: 6 DI DORMITORI: 0 JUMLAH KELOMPOK AKTIF: 11 JUMLAH KEMATIAN: 31 JUMLAH KESELURUHAN: 61,419 (Hingga 12 tengah hari semalam) Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg