Hospital, poliklinik pisahkan pelayaran Internet buat sementara
Premium
Hospital, poliklinik pisahkan pelayaran Internet buat sementara
Pelaksanaan sistem ICT dihenti buat seketika untuk menilai langkah tambahan
Jul 21, 2018 | 5:30 AM
SIDANG AKHBAR: (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Keselamatan Siber, Encik David Koh; Setiausaha Tetap (Perhubungan dan Penerangan), Encik Gabriel Lim; Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran; Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong; Setiausaha Tetap (Kesihatan), Encik Chan Heng Kee; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SingHealth, Profesor Ivy Ng; di sidang akhbar yang diadakan di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan semalam. - Foto BH oleh MARK CHEONG. -
MENTERI Kesihatan Encik Gan Kim Yong telah mengarahkan pemisahan pelayaran Internet dalam sistem hospital dan poliklinik awam serta institusi penjagaan kesihatan awam lain buat sementara waktu.
Selain itu, semua pelaksanaan sistem infokom dan teknologi (ICT) baru akan dihentikan buat seketika sedang pemerintah menyemak langkah keselamatan siber dan menimbangkan langkah perlindungan baru.

