Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hospital Sengkang tingkat langkah selepas staf positif Covid-19

May 27, 2021 | 5:30 AM
208ff099-3d95-4f56-8ee9-116e8eca74ac
-

Rakan kerja jurukemas di Hospital Besar Sengkang (SKH) kini dikenakan kuarantin, selepas lelaki berusia 27 tahun itu diuji positif bagi Covid-19 pada Isnin lalu.

Lelaki itu tidak bertemu pesakit koronavirus sebelum ini dan juga telah mematuhi langkah berjaga-jaga seperti memakai peralatan perlindungan peribadi semasa di kerja, kata hospital itu.

Menambah, hospital itu berkata usaha jejak kontak dan pengujian swab bagi tujuan pengawasan sedang dijalankan. Langkah tambahan, seperti usaha membasmi kuman yang dipergiat di kawasan yang sewajarnya, juga telah dilakukan untuk mengurangi risiko jangkitan.

Lelaki itu kali terakhir bertugas pada Sabtu lalu dan mengalami simptom pada malam Ahad. Beliau pergi ke polikilinik pada Isnin, di mana beliau diuji bagi Covid-19.

"Kami terus berada dalam keadaan berjaga-jaga yang dipertingkat untuk melindungi pesakit, keluarga mereka dan kakitangan kami," kata SKH.

"Ini termasuk memakai pelitup, mengamalkan kebersihan tangan yang sewajarnya dan mematuhi semua langkah jarak selamat."

Hospital tersebut juga telah menekankan lagi peri penting usaha mengawal jangkitan, mematuhi langkah keselamatan dan bersikap bertanggungjawab apabila jatuh sakit dalam pos di Facebook semalam.

Dalam kenyataan berasingan, Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) dan Hospital Masyarakat Jurong, yang berkongsi kampus yang sama di Jurong, berkata ia akan menjalankan pengujian swab kedua bagi semua kakitangan dan vendor.

Ini adalah langkah berjaga-jaga selepas Kementerian Kesihatan (MOH) menutup pusat beli-belah Jem dan Westgate selama dua minggu. Ini selepas jangkitan dikenal pasti dalam kalangan pengunjung ke kededua pusat beli-belah itu.

Kakitangan yang melawati pusat beli-belah itu dari 10 Mei telah dinasihati supaya memantau kesihatan diri sendiri selama dua minggu dan mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.

Kededua hospital itu telah mengadakan operasi pengujian swab pertama pada awal bulan ini, sebahagian pengujian pengawasan bagi menentang Covid-19.

Semalam, MOH melaporkan lagi 23 kes Covid-19 baru dalam masyarakat, termasuk 3 kes tanpa hubungan.

21 kes dijejaki kepada kes-kes lain. 14 telah dikuarantin.

Secara keseluruhan, terdapat 26 kes Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk dua kes diimport.

Ini menjadikan jumlah kes di sini 61,916.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg