Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hotel Royal Plaza terima dua pengiktirafan cemerlang

Aug 18, 2021 | 5:30 AM
KECEMERLANGAN: Dr Tan See Leng (kiri) telah menyampaikan anugerah kepada Encik Patrick Fiat (kanan) semasa majlis Anugerah Perikatan Tiga Pihak - Foto HOTEL ROYAL PLAZA ON SCOTTS
KECEMERLANGAN: Dr Tan See Leng (kiri) telah menyampaikan anugerah kepada Encik Patrick Fiat (kanan) semasa majlis Anugerah Perikatan Tiga Pihak - Foto HOTEL ROYAL PLAZA ON SCOTTS -

HOTEL Royal Plaza di Scotts Road telah menerima dua anugerah semasa Anugerah Perikatan Tiga Pihak, yang memberi pengiktirafan kepada pertubuhan yang memaparkan amalan adil, bertanggungjawab dan progresif yang berkesan.

Anugerah Kecemerlangan Bekerja-Kehidupan mengiktiraf hotel Royal Plaza sebagai salah satu pertubuhan terbaik untuk bekerja di Singapura.

Hotel itu juga menerima pengiktirafan bagi Anugerah Kepimpinan Kecemerlangan Bekerja-Kehidupan untuk Pengurus Besarnya, Encik Patrick Fiat, atas kepimpinannya melaksanakan strategi bekerja-kehidupan bagi memaksimumkan prestasi pekerja dan selanjutnya, prestasi perniagaan.

"Saya terharu menerima Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Kecemerlangan Bekerja-Kehidupan.

"Amalan progresif dibangunkan sepanjang beberapa tahun dan ia mungkin tidak dapat diraih tanpa sokongan pasukan dan pekerja kami.

"Setiap jurang telah dikenal pasti dan diisi dengan minda yang terbuka, telinga yang mendengar dan hati yang ikhlas," kata Encik Fiat.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, semasa majlis Anugerah Perikatan Tiga Pihak, kelmarin.

Dinamik tenaga kerja sedang berubah dan pasukan kepimpinan Royal Plaza mengiktiraf keperluan yang semakin meningkat dalam kalangan pekerja yang memerlukan sokongan untuk membantu mereka mencapai kedua-dua matlamat peribadi dan profesional mereka.

Pertubuhan itu mempunyai pekerja lanjut usia yang mempunyai pelbagai pengalaman dan berminat untuk terus bekerja melebihi usia persaraan bagi masa kerja lebih pendek.

Ia juga ada pekerja yang mempunyai komitmen keluarga lebih besar yang inginkan lebih banyak fleksibiliti dalam masa kerja mereka.

"Saya terharu menerima Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Kecemerlangan Bekerja-Kehidupan. Amalan progresif dibangunkan sepanjang beberapa tahun dan ia mungkin tidak dapat diraih tanpa sokongan pasukan dan pekerja kami. Setiap jurang telah dikenal pasti dan diisi dengan minda terbuka, telinga yang mendengar dan hati yang ikhlas.'' - Pengurus Besar Hotel Royal Plaza, Encik Patrick Fiat, yang menerima pengiktirafan bagi Anugerah Kepimpinan Kecemerlangan Bekerja-Kehidupan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg