Hotel setempat turut jadi tumpuan sempena cuti sekolah Jun
Premium
Hotel setempat turut jadi tumpuan sempena cuti sekolah Jun
Jun 17, 2019 | 5:30 AM
MESRA KELUARGA: Jurucakap Hotel Shangri-La's Rasa Sentosa Resort & Spa antara lain berkata kebanyakan tetamu semasa cuti Jun ini merupakan keluarga dengan anak-anak. Kawasan permainan di hotel tersebut merupakan antara daya tarikan golongan itu. - Foto SHANGRI-LA'S RASA SENTOSA RESORT & SPA -
TEMPAHAN bagi hotel setempat sempena cuti sekolah Jun ini dijangka terus meningkat, menurut beberapa hotel yang memberi responsnya kepada Berita Harian.
Rata-rata hotel di sini yakin akan dapat mencatat tempahan yang meningkat dengan ada hotel yang menjangkakan kenaikan sekitar 10 hingga 40 peratus bulan ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu atau bulan-bulan lain.

