Topik diikuti
Pergi ke BHkuHPB lancar kerjasama manfaatkan kepakaran industri, teknologi kesihatan
HPB lancar kerjasama manfaatkan kepakaran industri, teknologi kesihatan
DALAM usaha memperkukuh penjagaan pencegahan dan mengembangkannya untuk menjadi inisiatif negara di bawah SG Lebih Sihat (Healthier SG), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) telah melancarkan Gesaan bagi Kolaborasi untuk menjalin kerjasama dengan rakan kongsi sektor swasta dengan harapan da pat memanfaatkan kepakaran industri dan teknologi.
Gesaan bagi Kolaborasi itu, yang diperkenal dari Julai hingga September, bertujuan memanfaatkan teknologi, memahami sikap warga dan analitik bagi membantu penduduk mengamalkan dan mengekalkan amalan kesihatan lebih baik.
Mengumumkan demikian sempena Hari Kencing Manis Sedunia di Hab HDB di Toa Payoh semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata beliau berharap kerjasama sedemikian dapat menjana idea baik dalam kalangan rakan kongsi.
Ini lebih-lebih lagi aplikasi dan bahan diagnostik digital gaya hidup sihat semakin bertambah dalam pasaran.
"Kami berharap perkongsian sebegini dapat menjana banyak idea baik. Misal nya alat boleh pakai, aplikasi gaya hidup sihat dan alat diagnostik digital semakin berkembang. Kita boleh memanfaatkan dengan lebih baik aplikasi kesihatan bagi meningkatkan aktiviti fizikal.
"Ini ada alat boleh memantau lebihan gula yang diambil bagi membantu indivi du mendapatkan maklum balas serta-merta dan mengubah tabiat pemakanan mereka," ujarnya.