Premium
HSA arah syarikat henti dakwa produknya penawar barah
Jun 11, 2019 | 5:30 AM
TUNTUTAN PALSU: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengarah syarikat berpangkalan di Singapura, Riway Singapore, agar mendidik penjualnya supaya berhenti membuat tuntutan palsu dan mengelirukan bahawa produknya dapat merawat atau mengubati barah. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah memberi amaran kepada sebuah syarikat berpangkalan di Singapura untuk berhenti membuat tuntutan palsu dan mengelirukan bahawa produk suplemen kesihatan mereka boleh merawat atau mengubati barah.
HSA berkata ia juga telah mengarahkan Riway Singapore mendidik penjualnya untuk memastikan mereka tidak membuat tuntutan palsu tentang produk itu.

