HSA bentuk jawatankuasa semak dasar, proses data sensitif
Premium
HSA bentuk jawatankuasa semak dasar, proses data sensitif
Apr 2, 2019 | 5:30 AM
PERTINGKAT KESELAMATAN DATA: Jawatankuasa Lembaga HSA itu akan dipengerusikan oleh Encik Max Loh, pengerusi jawatankuasa risiko dan audit lembaga pengarah HSA serta anggota lain termasuk wakil Pertubuhan Teknologi Pemerintah (GovTech). - Foto fail -
PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah membentuk sebuah jawatankuasa lembaga HSA bagi menyemak dasar dan proses untuk menguruskan data yang sensitif.
Ini dilaksanakan setelah maklumat peribadi lebih 800,000 penderma darah di Singapura yang diletakkan dalam talian secara tidak sengaja selama tempoh dua bulan telah diakses tanpa izin dan mungkin dicuri.

