Topik diikuti
Pergi ke BHkuHSA beri amaran kesan kuat empat krim terhadap kulit
Jul 2, 2019 | 5:30 AM
HSA beri amaran kesan kuat empat krim terhadap kulit
PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) semalam mengeluarkan amaran tentang empat krim kulit yang didapati mengandungi bahan dengan kesan kuat yang tidak diisytiharkan.
HSA berkata seorang bayi berusia kurang setahun menghidap sindrom Cushing setelah menggunakan krim tidak berlabel yang didapati daripada pengubat tradisional di Malaysia bagi merawat ruam lampin.