Premium
HSA beri amaran, tiga produk berbahaya
Orang ramai tidak seharusnya membeli produk kesihatan dari sumber yang tidak diketahui
Aug 14, 2019 | 5:30 AM
TIGA produk didapati mengandungi bahan perubatan kuat yang tidak diisytiharkan, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam.
Tiga produk ini termasuk Skinny Lolita yang mengandungi sibutramine yang tidak diisytiharkan, Xtreme Candy yang mengandungi N-desmethyl tadalafil, dan kapsul tidak bernama yang mengandungi serbuk berwarna coklat gelap dengan beberapa bahan perubatan tidak diisytiharkan.

