Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA berikan amaran elak beli, guna 3 produk kesihatan

Mar 9, 2020 | 3:33 PM
(Dari kiri) Produk kesihatan Shen qi dan bai nian cao yao, Ricalinu dan Freaky Fitz perlu dielak kerana mengandungi bahan ubat kuat atau dilarang, kata Penguasa Sains Kesihatan. - Foto PENGUASA SAINS KESIHATAN
(Dari kiri) Produk kesihatan Shen qi dan bai nian cao yao, Ricalinu dan Freaky Fitz perlu dielak kerana mengandungi bahan ubat kuat atau dilarang, kata Penguasa Sains Kesihatan. - Foto PENGUASA SAINS KESIHATAN -

PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah memberi amaran kepada orang ramai supaya elak membeli atau menggunakan tiga produk kesihatan.

Dalam kenyataan Isnin (9 Mac), agensi itu berkata bahawa minuman mengurangkan berat badan Freaky Fitz dan ubat melegakan kesakitan Shen qi dan bai nian cao yao dan Ricalinu, yang boleh menyebabkan risiko kesihatan yang serius kerana mengandungi bahan yang boleh memudaratkan.

Kededua produk Shen qi dan bai nian cao yao, yang dijual di Malaysia, dan Ricalinu, yang dijual di Indonesia, dilabel sebagai hanya mengandungi herba namun kededua produk itu didapati mengandungi sejenis steroid iaitu dexamethasone.

Steroid itu boleh menyebabkan kekeliruan dan merendahkan tekanan darah jika diambil tanpa nasihat doktor, kata HSA.

HSA menggesa sesiapa yang menggunakan produk itu supaya berjumpa doktor secepat mungkin.

Mereka yang telah mengambil Freaky Fitz juga perlu serta-merta berhenti meminumnya sebab ia didapati mengandungi sibutramina, ubat yang telah dilarang di Singapura sejak 2020 akibat risikonya yang tinggi untuk menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.

Mereka yang telah minum minuman itu harus serta-merta berjumpa doktor jika mereka rasa kurang sihat, tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg