Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA gantung lesen 4 peruncit jual rokok kepada pengguna bawah umur

Apr 16, 2019 | 7:13 PM
GANTUNG LESEN TEMBAKAU: HSA menggantung lesen tembakau kedai (atas, dari kiri) Ajmir Store di 70 Woodlands Avenue 7, 1588 Le di 158B Rivervale Crescent, (bawah, dari kiri) NH Mart di 620 Hougang Avenue 8 dan 7-Eleven di 68 Geylang Bahru.
GANTUNG LESEN TEMBAKAU: HSA menggantung lesen tembakau kedai (atas, dari kiri) Ajmir Store di 70 Woodlands Avenue 7, 1588 Le di 158B Rivervale Crescent, (bawah, dari kiri) NH Mart di 620 Hougang Avenue 8 dan 7-Eleven di 68 Geylang Bahru. - Foto HSA

LESEN tembakau empat kedai runcit digantung kerana menjual rokok kepada pengguna bawah umur di antara Januari dengan Mac tahun ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini (16 April), Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata peruncit itu ditangkap menyusuli pemantauan dan usaha penguatkuasaan.

Usia minimum untuk menggunakan, memiliki dan membeli produk tembakau kini ialah 19 tahun.

Kedai yang digantung lesen tembakau itu adalah Ajmir Store di 70 Woodlands Avenue 7; 1558 Le di 158B Rivervale Crescent; 7-Eleven di 68 Geylang Bahru; dan NH Mart di 620 Hougang Avenue 8.

Mereka tidak dibenarkan menjual produk tembakau sepanjang tempoh penggantungan enam bulan, kata HSA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg