HSA kemas kini garis panduan AI dalam penjagaan kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA kemas kini garis panduan AI dalam penjagaan kesihatan

Mar 10, 2026 | 3:59 PM

HSA kemas kini garis panduan AI dalam penjagaan kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Kesihatan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Ong Ye Kung, berkata rangka kerja baru itu bertujuan untuk menangani “perkembangan dalam AI, seperti AI generatif, bagi menyokong inovasi dengan lebih baik.”
Menteri Kesihatan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Ong Ye Kung, berkata rangka kerja baru itu bertujuan untuk menangani “perkembangan dalam AI, seperti AI generatif, bagi menyokong inovasi dengan lebih baik.” - Foto MOH

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kini memperkemas kerangka peraturan, dengan garis panduan baharu mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang kesihatan.

Menteri Kesihatan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Ong Ye Kung, mengumumkan Garis Panduan Kecerdasan Buatan dalam Penjagaan Kesihatan yang telah dikemas kini pada 10 Mac.

Kerangka ini adalah versi yang diperbaharui daripada garis panduan 2021, yang dibangunkan bersama oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan HSA.

Ia juga bertujuan menangani “perkembangan dalam AI, seperti AI generatif, bagi menyokong inovasi dengan lebih baik, sambil memastikan keselamatan dan kualiti, serta mengekalkan etika dan nilai dalam profesion penjagaan kesihatan,” ujar

Beliau berkata demikian semasa ucapan sebagai tetamu kehormat pada majlis perasmian Sesi ke-29 Forum Pengawal Selia Peranti Perubatan Antarabangsa, yang berlangsung dari 9 hingga 13 Mac.

Garis panduan yang dikemas kini itu akan membolehkan institusi penjagaan kesihatan membangunkan dan melaksanakan penyelesaian AI yang selamat dan berkesan dari segi klinikal, sambil memudahkan penilaian teknologi tersebut dalam persekitaran penjagaan kesihatan dunia sebenar.

Salah satu ciri, AI-Software as a Medical Device Exemption Sandbox, membolehkan institusi menggunakan peranti perubatan yang dipacu AI dengan risiko rendah hingga sederhana untuk kegunaan dalaman tanpa memerlukan lesen dan pendaftaran yang biasa.

“Pengawalseliaan bertindak sebagai pengantara antara apa yang mungkin secara saintifik dan klinikal, dan apa yang diterima oleh masyarakat dan awam,” tambah Encik Ong. 

Ini bermakna kita perlu sentiasa mengubah sistem pengawalseliaan kita agar dapat menerima inovasi, sambil menguruskan risiko yang ada.

Dalam konteks itu, AI juga akan digunakan untuk membangunkan ubat-ubatan baru, menggantikan “ujian klinikal fasa awal yang mahal dan memakan masa dengan data simulasi yang dihasilkan di makmal.”

HSA akan menerima permohonan untuk pendaftaran sedemikian, walaupun belum ada permohonan diterima setakat ini.

Encik Ong mencatatkan bahawa pengawal selia akan “melakukan pengawalseliaan secara adil terhadap teknologi, dengan memberi perhatian yang sama kepada ubat-ubatan yang dibangunkan oleh AI seperti yang dilakukan terhadap ubat-ubatan biasa.”

MOH menyatakan bahawa rangka kerja itu akan dikemas kini secara berkala bagi mengikuti perkembangan teknologi.

Inisiatif-inisiatif ini selaras dengan rancangan Singapura untuk transformasi yang dipacu oleh AI dalam empat sektor, termasuk penjagaan kesihatan, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong semasa ucapan Belanjawan pada 12 Februari.

Majlis AI Kebangsaan yang baru, yang dipengerusikan oleh Encik Wong, akan memantau dan membangunkan inisiatif-inisiatif yang dipacu oleh AI itu.

Encik Ong juga menyatakan bahawa pelbagai agensi pemerintah akan bekerjasama untuk “mengemukakan cadangan yang holistik kepada sektor bioperubatan.”

Ini termasuk: Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) untuk menyokong penyelidikan translasi dan inovasi industri; Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) untuk memudahkan pelaburan dalam pembuatan; dan HSA untuk menyediakan proses pengawalseliaan yang ketat dan cekap.

Enterprise Singapore (EnterpriseSG) juga akan membantu syarikat tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran serantau dan antarabangsa, dengan sokongan panduan pengawalseliaan dan keupayaan daripada HSA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg