Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA lapor polis ke atas laman palsu

Jun 1, 2020 | 11:15 AM
TINDAKAN TEGAS: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan, pihaknya mengetahui kewujudan laman 'Ophthalmetry' palsu yang dihoskan di luar negara.
TINDAKAN TEGAS: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan, pihaknya mengetahui kewujudan laman 'Ophthalmetry' palsu yang dihoskan di luar negara. - - Foto: FAIL

SEBUAH syarikat peralatan perubatan yang mengaku berpusat di Singapura telah dirujuk kepada pihak berkuasa di sini kerana ia didapati menjadi sebahagian daripada penipuan.

Ophthalmetry, yang mempunyai laman dengan nama yang sama, mendakwa ia menjual peralatan perubatan bermutu tinggi untuk pakar mata, dan mendakwa berpusat di 212 Orchard Turn.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati lokasi itu tidak wujud dan syarikat tersebut tidak didaftarkan di sini.

Menjawab pertanyaan akhbar The New Paper, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan, pihaknya mengetahui kewujudan laman itu dan ia dihoskan di luar negara.

Jurucakap HSA berkata: "Kami telah memaklumkan kepada rakan-rakan penguatkuasaan luar negara untuk tindakan mereka. Kami juga telah memaklumkan kepada Pasukan Polis Singapura."

Laman web, yang telah wujud sejak sekurang-kurangnya 2018, telah dihapuskan. - The New Paper

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg