PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah merampas 'vaporiser', atau rokok elektronik, serta bahagian berkaitan dengannya bernilai lebih dari $2 juta selepas satu operasi yang dijalankan pada 11 Oktober.
Ia merupakan rampasan terbesar produk tembakau oleh HSA dari segi jumlah dan nilai rokok elektronik itu, tambah pihak berkuasa.
Menurut laporan The Straits Times, tiga orang sedang membantu dalam siasatan.
Pihak berkuasa berkata mereka telah bertindak atas maklumat yang diberikan dan memeriksa kemudahan penyimpanan di Boon Lay.
Sebanyak 10,057 jenis rokok elektronik, 48,822 jenis komponen berkaitan dan 187 cecair elektronik - bernilai $2,260,825 keseluruhannya - dirampas.
"Operasi yang berjaya ini telah mengganggu operasi rantaian bekalan rokok elektronik haram," kata HSA dalam satu kenyataan semalam.
Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penualan) melarang mengimport, mengedar, menjualan atau menawar untuk menjual produk tembakau tiruan.
Ini termasuk tembakau shisha; tembakau tanpa asap; tembakau yang dikunyah seperti Gutkha, Khaini dan Zarda; serta vaporiser elektronik dan aksesorinya.
Ia adalah satu kesalahan untuk membeli, menggunakan dan memiliki rokok elektronik.
Maklumat mengenai produk tembakau terlarang di Singapura boleh didapati di laman web HSA.
Mereka yang didapati melakukan kesalahan boleh didenda hingga $10,000 atau dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
Mereka yang didapati melakukan kesalahan buat kali kedua dan berikutnya pula akan didenda hingga $ 20,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.
Semua barangan tembakau terlarang akan dirampas.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg