Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA rampas ubat seks bernilai $90,000 dalam serbuan di Sims Drive

Jan 21, 2021 | 8:54 PM
HSA merampas 62,000 unit dadah seks haram bernilai lebih $90,000 dari sebuah rumah di Sims Drive pada 20 Januari 2021. -
HSA merampas 62,000 unit dadah seks haram bernilai lebih $90,000 dari sebuah rumah di Sims Drive pada 20 Januari 2021. - - FOTO: HSA

UBAT perangsang seks haram bernilai sekitar $90,000 telah dirampas dari sebuah rumah di Sims Drive dalam satu serbuan.

Ini termasuk 62,000 unit dadah perangsang seks yang disimpan dalam laci dan almari di rumah berkenaan, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Dengan sokongan polis, pegawai Penguasa Sains Kesihatan (HSA) melaksanakan serbuan itu selepas menerima maklumat berkaitan enam bungkusan dari luar negara yang disyaki mengandungi ubat haram tersebut akan diterima seorang penduduk di sini.

Lelaki berusia 23 tahun itu, didakwa sebagai penerima bungkusan tersebut, diberkas di unit rumah berkenaan yang mana lebih banyak dadah peningkatan seksual juga ditemui di situ.

"Ubat seperti ini mungkin mengandungi bahan perubatan tidak diisytihar yang boleh menyebabkan bahaya jika ia digunakan," kata HSA pada Khamis (21 Jan).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg