Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA: Usah ambil produk 'Bobba Fitz' dan 'Bobba Toxx'

Mar 2, 2021 | 5:30 AM
MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG: Ujian HSA mendapati, produk membantu mengurangkan berat badan "Bobba Fitz" dan "Bobba Toxx" masing-masing mengandungi bahan yang terlarang serta taraf kepekatan sejenis julap yang merbahaya. - Foto HSA
MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG: Ujian HSA mendapati, produk membantu mengurangkan berat badan "Bobba Fitz" dan "Bobba Toxx" masing-masing mengandungi bahan yang terlarang serta taraf kepekatan sejenis julap yang merbahaya. - Foto HSA -

ORANG ramai perlu berwaspada agar tidak membeli atau mengambil produk membantu mengurangkan berat badan "Bobba Fitz" dan "Bobba Toxx" kerana ia masing-masing mengandungi bahan yang terlarang serta taraf kepekatan sejenis julap yang merbahaya.

Dalam kenyataannya semalam, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata selepas ujian dijalankan, produk "Bobba Fitz" didapati mengandungi sibutramina, iaitu sebuah bahan yang terlarang kerana ia berupaya meningkatkan risiko serangan penyakit jantung dan angin ahmar.

Dalam senarai bahannya, ia menyatakan bahawa produk itu mengandungi bahan semula jadi seperti protein whey, serbuk koko dan garcinia cambogia - iaitu bahan yang didapati daripada buah-buahan.

Menurut HSA, produk "Bobba Toxx" pula didapati mengandungi taraf dos sejenis julap - iaitu senosida - yang empat kali lebih tinggi berbanding dos biasa.

Senosida, jika diambil dalam taraf dos yang tinggi boleh menyebabkan kesan kesihatan yang buruk seperti kekejangan dan cirit-birit. Pengambilan produk seperti itu bagi jangka yang lama juga boleh menyebabkan sembelit kronik, rasa kembung dan sakit perut.

Kededua produk itu yang dipasarkan sebagai produk membantu mengurangkan berat badan sering dijual bersama dan dibungkus dalam kotak yang mengandungi 10 sachet serbuk produk itu.

Ia juga dijual menerusi wadah perdagangan elektronik dan media sosial.

Menyusuli kesan kesihatan produk itu, HSA mendedahkan seorang wanita telah mengalami degupan jantung yang lebih pantas serta perubahan 'mood' yang tidak tetap selepas mengambil kededua produk itu.

Beliau pulih selepas berhenti daripada mengambilnya.

HSA berkata ia telah bekerjasama dengan pengendali wadah perdagangan elektronik seperti Shopee, Lazada, Facebook dan Instagram untuk melenyapkap pos berkaitan penjualan produk itu serta mengeluarkan amaran bagi para penjual.

HSA juga memberi amaran agar semua penjual dan pembekal produk itu berhenti daripada berbuat demikian dengan serta-merta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg