Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Huawei buka makmal AI di Singapura

Nov 22, 2019 | 6:23 PM
MAKMAL AI: Huawei lancar makmal AI baru di Singapura dan merancang melatih 1,000 pembangun AI
MAKMAL AI: Huawei lancar makmal AI baru di Singapura dan merancang melatih 1,000 pembangun AI - Foto AFP

GERGASI telekomunikasi China, Huawei, telah melancarkan sebuah makmal kecerdasan buatan (AI) baru di Singapura, yang dijangka melatih sehingga 100 arkitek AI dan 1,000 pembangun AI sepanjang tiga tahun akan datang.

Semasa melancarkan makmal di Changi Business Park hari ini (22 Nov), ketua eksekutif Huawei International Nicholas Ma berkata syarikat itu berharap dapat mengatasi masalah kekurangan bakat teknologi AI di sini kerana langkah menubuhkan makmal itu di sini boleh memberi manfaat kepada semua pihak.

"Apabila saya menghadiri sidang puncak teknologi di Singapura, orang akan bertanya saya tentang usaha mendapatkan lebih ramai bakat di sini.

"Terdapat keperluan bagi lebih ramai bakat teknologi dalam setiap industri dan kami ingin memenuhi jurang itu.

"Dengan cara ini, diharapkan bakat ini juga dapat membantu kami dalam jangka masa panjang dan menyumbang kepada syarikat ini," ujarnya.

Makmal baru yang menelan belanja AS$10 juta (S$13.6 juta) itu dikatakan makmal AI pertama di Singapura dengan keupayaan 5G.

Makmal itu boleh digunakan agensi pemerintah, institut pengajian tinggi serta syarikat kecil dan sederhana (SME).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg