Hubungan dua hala Maldives, S'pura terus kukuh: Presiden Halimah
Premium
Hubungan dua hala Maldives, S'pura terus kukuh: Presiden Halimah
Jul 2, 2019 | 5:30 AM
TERUS BEKERJASAMA: Presiden Halimah Yacob (kanan) berkata usaha kerjasama antara Singapura dengan Maldives perlu terus dipertingkat. Beliau telah menjadi hos kepada jamuan makan tengah hari bagi meraikan lawatan negara Presiden Maldives Ibrahim Mohamed Solih (kiri) ke Singapura. - Foto CMG -
HUBUNGAN dua hala antara Singapura dengan Maldives yang kukuh harus terus dipertingkat, terutama dalam memberi respons terhadap cabaran masa depan, lebih-lebih lagi memandangkan kededua negara mengongsi banyak persamaan, kata Presiden Halimah Yacob.
Usaha kerjasama itu telah diperkukuh dengan penandatanganan dua memorandum persefahaman (MOU), yang dapat menghubung dan mempererat lagi hubungan sesama manusia serta perniagaan daripada kedua-dua negara selain mempertingkat hubungan di peringkat antarabangsa.

