HUBUNGAN Singapura dan Brunei diperkukuh dengan termeterainya empat memorandum persefahaman (MOU) semalam.
Ia dicapai sempena kunjungan rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, ke Singapura.
Menurut Presiden Halimah Yacob dalam majlis jamuan negara di Istana yang diadakan bagi Sultan Hassanal Bolkiah semalam, MOU itu merupakan kerjasama penting dalam bidang-bidang strategik baru yang meliputi ekonomi hijau dan bekalan, serta kerjasama pelaburan dan dagangan dalam produk makanan dan perubatan.
Kali terakhir Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi Singapura adalah pada 2017.
Sultan Hassanal Bolkiah diiringi anggota keluarga diraja, menteri-menteri Brunei dan pegawai rasmi.
Turut menghadiri majlis itu semalam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan, Encik Zaqy Mohamad; dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.
Laporan lanjut - Muka 2
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg