Premium
Hubungan S'pura-M'sia kini lebih stabil: Vivian
* Republik ini sedia dan mahu kerjasama dengan negara jiran dalam 'semangat muhibah' dan 'kejiranan' * Rahat pemimpin bulan lalu bincang isu kelautan, air, ruang udara dan pengangkutan darat
May 9, 2019 | 5:30 AM
PERERAT HUBUNGAN ANTARA NEGARA: Pertemuan empat mata antara Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Malaysia semasa Rahat Pemimpin pada 9 April lalu. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -
HUBUNGAN dengan Malaysia "kini lebih stabil meskipun banyak lagi yang perlu dilakukan", kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, di Parlimen semalam.
Beliau turut menegaskan bahawa Singapura bersedia dan mahu bekerjasama dengan Malaysia dalam semangat muhibah dan kejiranan.

