Hubungan udara juga telah dijalin semula dengan lima bandar baru, khususnya Cairns, Da Nang, Kota Kinabalu, Madurai dan Riyadh.
Dalam kenyataannya, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyatakan: "CAAS sedang bekerjasama dengan masyarakat penerbangan untuk mempertingkat operasi dan tenaga manusia bagi memenuhi permintaan sedang penerbangan udara kembali pulih pada tahun ini dan membangun semula selain menuntut semula kedudukan Singapura sebagai hab udara ulung."
Bagi menyokong usaha tersebut, CAAS akan menganjurkan acara promosi dan perekrutan kerjaya mengikut sektor dipanggil "OneAviation Careers" dari 27 hingga 28 Mei di Pusat Konvensyen Suntec City.
Acara dua hari itu akan mengandungi ceramah kerjaya yang menunjukkan pelbagai tawaran kerjaya dalam sektor penerbangan dalam bidang perkhidmatan, operasi dan kejuruteraan serta kerjaya dalam teknologi dan kemampanan.
Lebih 15 syarikat penerbangan akan mengambil bahagian dalam pameran di acara itu termasuk syarikat penerbangan Singapore Airlines, SATS, dnata, Kumpulan Lapangan Terbang Changi dan Rolls Royce, serta mendekati mereka yang ingin mencari pekerjaan dan juga pelajar mengenai peluang kerjaya.
Pelawat juga akan dapat mendaftar bagi wawancara di tapak tersebut yang dijalankan majikan di acara itu.
Pengarah Besar CAAS, Encik Han Kok Juan, berkata CAAS telah bekerjasama dengan pengendali lapangan terbang, syarikat penerbangan dan kesatuan untuk mempertingkat operasi dan tenaga manusia bagi menyokong bilangan penumpang lebih tinggi.
"Sudah dua minggu sejak kita membuka semula sempadan dengan lebih luas. Kita dapat melihat pemulihan perjalanan udara dan menjangka bilangan untuk terus meningkat khususnya pada cuti panjang Hari Buruh dan Hari Raya Puasa, serta musim cuti sekolah bulan Jun kelak," katanya.
Beliau turut menasihati pengunjung untuk datang awal ke lapangan terbang untuk mendaftar masuk keberangkatan dan pengambilan bagasi ketibaan.
Dalam dua bulan pertama tahun ini, 1.42 juta pergerakan penumpang telah didaftar - 13 peratus bilangan prapandemik.
CAAS telah mengumumkan pada Mac sasaran bilangan penumpang udara menerusi Singapura untuk mencapai 50 peratus paras sebelum pandemik menjelang akhir tahun ini.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg