Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hujan dan petir dijangka separuh kedua bulan ini

Jul 16, 2022 | 5:30 AM
DILANCARKAN: Ketua Pegawai Eksekutif GXS, Encik Charles Wong yang mengatakan bank itu bertujuan untuk menyokong keperluan usahawan, pekerja ekonomi gig dan pekerja pertama. - Foto GXS BANK
DILANCARKAN: Ketua Pegawai Eksekutif GXS, Encik Charles Wong yang mengatakan bank itu bertujuan untuk menyokong keperluan usahawan, pekerja ekonomi gig dan pekerja pertama. - Foto GXS BANK -

ORANG ramai mungkin perlu membawa payung semasa keluar rumah hingga hujung bulan ini menyusuli ramalan bahawa lebih banyak hujan berserta petir dijangka pada separuh kedua bulan ini, berbanding tempoh separuh pertama bulan ini.

Keadaan Monsun Barat Daya dijangka berterusan di Singapura dan di rantau sekitarnya, dengan angin paras rendah diramalkan terus bertiup dari tenggara atau barat daya, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) semalam.

Menurut MSS, cuaca terang dan panas boleh dijangkakan pada beberapa hari pertama separuh kedua bulan ini disebabkan kehadiran udara kering di Singapura dan rantau sekitarnya.

Bagi baki bulan ini, hujan monsun diramalkan turun berhampiran kawasan khatulistiwa.

Ini dijangka membawa lebih banyak hujan di rantau Asia Tenggara yang berdekatan khatulistiwa.

Pada kebanyakan hari dalam dua minggu mendatang, hujan jangka pendek, kadangkala diiringi guruh, dijangka berlaku di beberapa bahagian pulau ini pada lewat pagi dan petang.

Pada beberapa hari pula, hujan lebat berserta petir diramal berlaku, disebabkan pemanasan pada siang hari di kawasan daratan ditambah pula dengan penumpuan angin di Singapura dan kawasan sekitarnya.

Di samping itu, hujan petir di seluruh pulau dengan angin kencang sekali-sekala akibat ribut Sumatera boleh dijangkakan pada waktu subuh dan pagi dalam beberapa hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg