SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hujan lebat penyebab banjir kilat di barat, tengah S'pura

Hujan lebat penyebab banjir kilat di barat, tengah S'pura

Apr 17, 2021 | 5:10 PM

Hujan lebat penyebab banjir kilat di barat, tengah S'pura

BAGAI KOLAM 'TEH SUSU': Hujan lebat menyebabkan banjir kilat sehingga tampungan terusan dan longkang terisi hampir 90 peratus daripada muatannya yang melimpah-ruah. - Foto FACEBOOK AMAN AMARTH
BAGAI KOLAM 'TEH SUSU': Hujan lebat menyebabkan banjir kilat sehingga tampungan terusan dan longkang terisi hampir 90 peratus daripada muatannya yang melimpah-ruah. - Foto FACEBOOK AMAN AMARTH -

HUJAN lebat pada petang Sabtu (17 April) menyebabkan banjir kilat berlaku serata Singapura dengan ramai penduduk melaporkan kawasan yang banjir di bahagian barat dan tengah negara ini.

Warganet memuatnaikkan video dan foto jalanan dan terusan yang banjir di Queenstown, Bukit Timah dan Ulu Pandan.

Sejak tengah hari Sabtu, agensi air kebangsaan PUB memberi amaran tentang banjir kilat di Facebook dengan paras air di longkang dan terusan mencecah tampungan 90 peratus.

PUB juga menasihati orang awam agar mengelakkan hampir 30 kawasan merata Singapura. Ini termasuk Duxton Road, Commonwealth Lane, Dunearn Road, Bukit Timah Canal, Pasir Panjang dan Jurong Town Hall Road.

Pada Jumaat (16 April), khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) menyatakan hujan lebih lebat diramalkan turun dalam masa dua minggu mendatang dengan hujan petir serta angin kencang dijangka berlaku pada awal minggu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg