Topik diikuti
Pergi ke BHkuHujan meluas dijangka separuh kedua bulan ini
LEBIH banyak hujan dijangka sepanjang baki bulan ini, dengan separuh kedua bulan ini diramal lebih basah daripada yang pertama, ujar Perkhidmatan Meteorologi Singapura kelmarin.
Dalam ramalan setiap dua minggunya, perkhidmatan itu mengatakan ia menjangka angin paras rendah serta hujan petir sekejap pada lewat pagi dan petang pada kebanyakan hari.
Mungkin juga terdapat angin kencang dan hujan petir yang meluas di Singapura pada beberapa pagi berikutan perkembangan ribut Sumatera.
Tetapi keseluruhan hujan bulan ini mungkin hampir biasa di kebanyakan bahagian negara, kata perkhidmatan itu.
Bagaimanapun, ia menambah bahawa masih terdapat beberapa hari panas walaupun cuaca hujan, terutamanya pada separuh pertama.
Pada kebanyakan hari, suhu harian diramalkan antara 24 darjah Celsius dengan 33 darjah Celsius, dengan beberapa hari mencapai paras tinggi harian sekitar 34 darjah Celsius.
Separuh pertama bulan ini melihat hujan petir sekejap di beberapa bahagian negara pada beberapa petang.
Pada beberapa pagi, hujan petir sederhana hingga lebat meluas disebabkan oleh penumpuan angin berskala besar di Singapura dan kawasan sekitarnya.
Jumlah hujan harian tertinggi bagi separuh pertama bulan ini dicatatkan pada 13 Septemberu apabila 92.2 milimeter hujan turun di sekitar kawasan West Coast Road pada waktu pagi, kata perkhidmatan itu.
Suhu maksimum harian adalah antara 30.7 darjah Celsius hingga 34.4 darjah Celsius pada separuh pertama bulan ini, dengan suhu maksimum harian tertinggi dicatat di Paya Lebar pada 12 September.
Banyak bahagian Singapura mencatat hujan di bawah paras purata pada separuh pertama bulan ini, dengan Simei di bahagian timur negara mencatat 89 peratus di bawah purata.
Bagaimanapun, hujan di Sembawang, di utara Singapura, adalah 53 peratus di atas paras purata.
