Hulur tepung susu bagi keluarga memerlukan di estet MacPherson
Premium
Hulur tepung susu bagi keluarga memerlukan di estet MacPherson
Dec 29, 2019 | 5:30 AM
LUASKAN PROJEK SUSU: Anggota Parlimen SMC MacPherson, Cik Tin Pei Ling (kiri), bersama penduduk di pelancaran siri kedua projek Milk for MacPherson Kids yang memberi tepung susu kepada kanak-kanak daripada keluarga memerlukan di kawasan perumahan itu. - Foto CCC MACPHERSON -
SATU projek yang menyediakan tepung susu bagi kanak-kanak daripada keluarga memerlukan di MacPherson akan diperluas untuk memberi manfaat kepada lebih ramai keluarga.
Sejak dilancarkan pada 2012, projek Milk for MacPherson Kids itu menaja tepung susu bagi sekitar 200 kanak-kanak untuk mengurangkan beban keluarga mereka.

