'Huraian dua negara langkah wajar bagi Palestin, Israel'
Premium
'Huraian dua negara langkah wajar bagi Palestin, Israel'
PM Lee gesa kededua pihak bangun kepercayaan dan semangat muhibah untuk capai kata sepakat
Apr 22, 2016 | 5:30 AM
PERSAHABATAN TERUS KUKUH: Encik Lee mengadakan pertemuan dengan Presiden Israel Reuven Rivlin (kanan) di kawasan Presiden di Baitulmakdis kelmarin, dalam rangka lawatan tujuh harinya ke Timur Tengah yang berakhir semalam. - Foto AFP -
TEL AVIV (ISRAEL): KEDEDUA Palestin dan Israel memahami huraian dua negara adalah satu-satunya pilihan yang dapat menjamin keamanan dan keselamatan berkekalan.
Bagaimanapun, cabaran yang dihadapi untuk mencapai huraian tersebut adalah rumit, justeru satu kemajuan yang besar dalam jangka masa terdekat ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku, ujar Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

