Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hyflux, pengarah disiasat langgar tadbir urus korporat

Jun 2, 2020 | 8:32 PM
Hyflux dan pengarahnya disiasat berkaitan projek bersepadu tenaga dan air Tuaspring. - Foto fail
Hyflux dan pengarahnya disiasat berkaitan projek bersepadu tenaga dan air Tuaspring. - Foto fail -

HYFLUX sedang di bawah siasatan jenayah kerana memberi kenyataan palsu dan mengelirukan, serta tidak mengikuti standard perakaunan, kata pihak berkuasa.

Siasatan itu, yang melibatkan pengarah dan bekas pengarah syarikat tersebut, berikutan kaji semula pendedahan dan pematuhan dengan standard perakaunan dan audit yang bermula April 2019.

Kaji semula itu yang dilakukan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) dan Peraturan Pertukaran Singapura, menimbulkan beberapa sebab untuk mencurigai bahawa beberapa kesalahan telah dilakukan, kata pihak berkuasa.

Siasatan bersama yang dijalankan Acra, Jabatan Ehwal Komersial Pasukan Polis Singapura dan MAS akan mendapatkan kepastian sama ada terdapat kesalahan dalam pendedahan syarikat itu berkaitan projek bersepadu tenaga dan air Tuaspring, serta ketidakpatuhan terhadap standard perakaunan antara 2011 dengan 2018. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg