Ibadah korban SG tidak dijalankan secara fizikal, daging ditempah di Australia: Muis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibadah korban SG tidak dijalankan secara fizikal, daging ditempah di Australia: Muis

May 21, 2021 | 5:09 PM

Ibadah korban SG tidak dijalankan secara fizikal, daging ditempah di Australia: Muis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto FAIL
Foto FAIL -

IBADAH korban tahun ini akan terus dikendalikan Jawatankuasa Korban Masjid Singapura (JKMS) dengan pengubahsuaian seperti tahun lalu melihat pada kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang berterusan di samping langkah keselamatan tambahan diperketat di bawah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).

Ini bermakna ia tidak akan dijalankan secara fizikal di sini tetapi menerusi tempahan khidmat korban di Australia dengan daging korbannya kemudian dihantar ke Singapura.

Ini dijelaskan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan pada Jumaat (21 Mei).

"Pandemik serata dunia yang berterusan menjadikan proses mengimport ternakan ke Singapura menjadi lebih sukar dan menganjurkan ibadah korban kekal mencabar.

"Pada 2020, korban yang diubah suai sangat diterima baik masyarakat Islam sebagai alternatif selamat dan sebagai cara memelihara korban di Singapura, satu komponen utama Hari Raya Haji atau Aidiladha.

"Tahun ini, pihak masjid akan sekali lagi memudahkan urusan bagi masyarakat Islam yang ingin melakukan korban sewaktu Hari Raya Haji dengan upacara ini dibuat di Australia dan daging yang telah didinginkan itu dikirim ke Singapura.

"Setibanya daging korban yang disejukkan itu, pihak masjid akan mengagihkan daging tersebut kepada individu yang telah menempah kambing bagi ibadah korban ini, berkongsi sebahagian daging ini buat keluarga berpendapatan rendah dan bagi masyarakat pada hari-hari menyusuli Aidiladha," jelas kenyataan itu lagi.

Sebagaimana yang pernah dinyatakan Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris, apa yang penting di sebalik ibadah korban ini adalah intipatinya di mana masyarakat Islam membuat pengorbanan sebagai menunjukkan penyerahan dan ketaatan sepenuhnya kepada keizinan dan perintah Allah agar setiap pengorbanan itu dibuat bagi meraih reda-Nya.

"Melindungi masyarakat umum daripada bahaya dalam konteks pandemik masa kini seiringan dengan tambahan jangkitan dalam masyarakat adalah salah satu daripada tanggungjawab dan pengorbanan terbesar yang dapat seorang warga Islam lakukan.

"Ia hanya sepadan dan sejajar dengan semangat korban sendiri dalam amalan yang diubah suai dan diteruskan tahun ini tanpa mengorbankan intipati atau semangatnya," jelas kenyataan Muis itu lagi.

Sebagai tambahan, dalam memperkemas proses pemerolehan korban ini, JKMS akan menjalankan latihan 'Permintaan bagi Usulan' (RFP) secara terbuka bagi menilai senarai penyedia khidmat.

Daripada panel ini, masjid di sini boleh segera dan mudah memilih rakan kerjasama daripada senarai penyedia khidmat yang diluluskan Muis dan Agensi Makanan Singapura (SFA). Penyedia khidmat mestilah yang mematuhi semua ketetapan bagi import produk daging.

Pada 2020, sejumlah 42 masjid menawarkan khidmat korban diubah suai dengan sehingga 100 kambing (setiap masjid) yang berharga antara $300 dengan $330 bagi seekor kambing diperuntukkan.

Semua masjid yang terlibat mengamalkan tatacara operasi standard (SOP), mengamati mutu kebersihan tinggi, melakukan pengagihan dan slot pengambilan daging yang diatur masanya secara berperingkat di samping patuh pada langkah selamat lebih tegas.

Keterangan lanjut mengenai pendaftaran korban tahun ini akan dimaklumkan pada minggu pertama Jun 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg