Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Berusaha bantu lebih ramai orang susah di luar negara

Jun 17, 2022 | 5:30 AM
BERKONGSI REZEKI: Kebahagiaan penerima daging korban yang hanya mampu dinikmati hanya setahun sekali, bersama Pengarah IbadahSg, Ustaz Mohmed Firdaus Masruhen (tengah). - Foto IBADAHSG PTE LTD
BERKONGSI REZEKI: Kebahagiaan penerima daging korban yang hanya mampu dinikmati hanya setahun sekali, bersama Pengarah IbadahSg, Ustaz Mohmed Firdaus Masruhen (tengah). - Foto IBADAHSG PTE LTD -

FIRMA tempatan, IbadahSg Pte Ltd, telah menganjurkan ibadah korban dan akikah selama 17 tahun dan mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada masyarakat Islam Singapura. Dengan ini juga, IbadahSg telah mengembangkan perkhidmatan mereka kepada beberapa negara luar seperti Indonesia, Thailand, Malaysia, Kemboja, Makkah dan Timur Tengah.

Menurut Pengarah IbadahSg, Ustaz Mohmed Firdaus Masruhen, tujuan terbaik adalah apabila manusia terus berbahagi rezeki yang dimiliki kepada insan lain. Sesuap makanan yang disumbangkan untuk mengganjal perut orang lain yang sedang kelaparan, lebih baik daripada membangun seribu masjid. Orang yang hanya berfikir kepentingan perutnya sahaja, maka harga dirinya serupa dengan apa yang keluar daripada isi perutnya.

Nabi pernah bersabda dalam hadis mafhumnya: "Barangsiapa yang mampu melaksanakan ibadah korban namun tidak mahu melaksanakannya maka jangan dekati tempat solat kami." Ini gambaran jelas tentang fadilat dan kelebihan korban, juga amaran bagi yang tidak mengerjakannya ketika mampu.

Pada tahun ini, Ustaz Mohmed Firdaus dan beberapa rakan kerjasama secara konsortium akan menganjurkan ibadah korban di beberapa tempat pedalaman Indonesia, juga Makkah dan Kemboja. Ibadahsg mengagih daging korban dan akikah di kawasan fakir miskin, anak-anak yatim, golongan yang tidak berupaya, guru-guru agama yang memerlukan, pelajar tahfiz dan asnaf yang memerlukan, tidak lupa juga kepada orang miskin dalam kalangan umat berbeza agama.

"Masyarakat Islam di negara seperti Indonesia dan Kemboja hanya dapat merasakan kenikmatan daging korban seumur hidup hanya sekali, melalui sumbangan daripada penderma seperti di Singapura. Di tanah suci Makkah, IbadahSg akan mengulurkan bantuan sembako atau barangan asas, badal haji buat orang tersayang yang telah meninggal dunia atau yang sakit tiada harapan sembuh, korban unta dan kambing. Ibadahsg akan menyalurkan bantuan tersebut melalui rakan kerjasama yang diiktiraf di sana," kata Ustaz Mohmed Firdaus

Di Indonesia pula, IbadahSg akan mewakilkan kepada Global Ibadah Al-munawwarah (GIM) sebagai rakan kepercayaan untuk melaksanakan segala amanah korban, akikah, nazar, wakaf dan lain-lain.

"Sasaran kami membantu fakir dan miskin yang terkesan dek Covid-19 seperti kehilangan pekerjaan, anak-anak yatim dan dhuafa', janda tua dan miskin, guru agama, mualaf dan bukan Muslim yang tetap memerlukan bantuan," katanya.

Ustaz Mohmed Firdaus juga berpendapat, masyarakat kita juga berpelajaran dan bijaksana dan sungguh berhati-hati dalam memilih perwakilan yang ingin diamanahkan bagi urusan korban dan sebagainya, terutama di luar negara. Oleh sebab urusan ini adalah urusan ibadah dan wakil yang dilantik perlu dinilai dan diperiksa latar belakangnya terlebih dahulu agar amanah tersebut benar-benar disempurnakan dengan kesungguhan dan professional.

"Hanya sekadar memberikan sijil penyertaan dan juga laporan bertulis atau melalui pesanan lewat media sosial tidak memenuhi akad perwakilan yang sempurna dalam aqad wakalah. Ini kerana ibadah korban adalah ibadah bukan sekadar akad jual beli biasa, tetapi merangkumi isu pemilihan haiwan, kesihatan, syarat sah haiwan korban dan banyak lagi. Marilah kita menjalin kasih sayang sesama kita dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, melalui IbadahSg yg telah dipercayai selama 17 tahun untuk melaksanakan amanah anda," tambahnya.

PAKEJ YANG DITAWAR

  1. Kambing korban/ nazar: $180
  2. Promo 3 kambing: $450
  3. Promo 2 kambing: $310
  4. Kambing Akikah: $200 termasuk upah masak dan beras.
  5. Lembu korban/ akikah/nazar di Indonesia: $1,200 sahaja (7 nama).
  6. Lembu korban/ akikah/nazar di Kemboja: $799 sahaja (7 nama).
  7. Kambing korban akikah nazar @ Makkah: $190
  8. Unta korban akikah nazar @ Makkah: $1,599 (7 nama)

Hubungi segera untuk pengambilan dari rumah dan maklumat lanjut:

  1. Ustaz Syamil di talian 8322-0460, Haji Noh di talian 8399-7390 dan Ustazah Mariah di talian 8339-3012.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg