Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu bapa belajar tip didik anak berdwibahasa dalam webinar BH, Mendaki

Feb 7, 2021 | 4:19 PM
BINCANG KEPENTINGAN DWIBAHASA: Panel pakar Dr Roksana Bibi Abdullah (kiri) dan Dr Raudhah Yahya (tengah) berkongsi tip mendidik anak berdwibahasa dalam webinar yang dianjurkan Berita Harian dan Yayasan Mendaki. Mereka disertai moderator, Pengarah Mini Monsters Limited, Cik Rilla Melati (kanan).
BINCANG KEPENTINGAN DWIBAHASA: Panel pakar Dr Roksana Bibi Abdullah (kiri) dan Dr Raudhah Yahya (tengah) berkongsi tip mendidik anak berdwibahasa dalam webinar yang dianjurkan Berita Harian dan Yayasan Mendaki. Mereka disertai moderator, Pengarah Mini Monsters Limited, Cik Rilla Melati (kanan). - BH

Sekitar 130 peserta telah menyertai webinar anjuran Berita Harian dan Yayasan Mendaki pada Ahad (7 Feb) di mana mereka belajar kepentingan dwibahasa dan tip mendidik anak berdwibahasa.

Seminar tersebut yang berlangsung pagi tadi dari 10.30 pagi hingga sekitar 11.45 pagi diadakan melalui wadah Zoom.

Pensyarah di Institut Pendidikan Awal Kanak-kanak (NIEC), Dr Raudhah Yahya, dan Profesor Madya Roksana Bibi Abdullah dari Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), yang merupakan panel pakar yang dijemput, telah berkongsi kepentingan kemahiran dwibahasa dalam pembangunan holistik anak-anak, mengapa penting mula mengajar bahasa dari sejak kanak-kanak itu kecil lagi serta beberapa tip praktikal mengajar dua bahasa atau lebih.

Di penghujung webinar, para peserta juga diberi peluang menanyakan soalan.

Antara soalan yang telah diajukan termasuk sama ada mencampurkan atau menggunakan dua bahasa dalam perbualan digalakkan serta sama ada ia akan menjejas kemahiran berbahasa anak tersebut.

Tip dan nasihat pakar akan dikongsi dalam laporan akhbar ini yang akan diterbitkan pada 8 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg