Topik diikuti
Pergi ke BHkuIbu bapa boleh daftar bagi tadika MOE menerusi dalam talian
Ibu bapa boleh daftar bagi tadika MOE menerusi dalam talian
Ibu bapa boleh daftar bagi tadika MOE menerusi dalam talian
KEMASUKAN KE TADIKA MOE: Kanak-kanak warga Singapura daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal dalam jarak 1 kilometer dari tadika MOE akan mendapat keutamaan bagi kemasukan ke tadika MOE. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 15, 2019 | 2:37 PM
IBU bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka dalam tadika Kementerian Pendidikan (MOE) pada 2020 boleh melakukan demikian menerusi dalam talian.
Mereka tidak perlu menghantar borang pendaftaran serta borang lain bagi menyokong pendaftaran itu sendiri.
Menurut satu kenyataan hari ini (15 Januari), MOE berkata proses pendaftaran menerusi dalam talian itu bertujuan memudahkan lagi ibu bapa.
Pendaftaran bagi kemasukan K1 ke tadika MOE pada Januari 2020 akan berlangsung dari 9 pagi pada 8 Februari hingga 4 petang pada 11 Februari.
Ibu bapa akan mendapat tahu keputusannya selewat-lewatnya 10 April.