Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah anak-anak daripada penyalahgunaan dadah.
Untuk melakukan demikian, ibu bapa perlu mengenal pasti tanda-tanda awal penyalahgunaan dadah dan membina komunikasi terbuka dengan anak-anak mereka.
Perkara ini telah dikongsi dalam episod pertama siri podcast Berita Harian, NoTapis.
Antara tetamu yang menyertai episod itu termasuk pakar ketagihan daripada Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Nasirah Nasir.
Beliau menyentuh tentang gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan peranan yang perlu dimainkan ibu bapa dalam menangani hal ini.
Turut menyertai perbincangan itu adalah Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) yang juga berkhidmat dalam Lembaga Anggota Pelawat, Perkhidmatan Penjara Singapura, Ustaz Tarmizi Wahid.
Ustaz Tarmizi pula berkongsi pendapatnya daripada lensa agama tentang bagaimana ibu bapa dapat mendekati anak-anak mereka dengan cara terbaik untuk mencegah penyalahgunaan dadah.
Sesi podcast ini dihoskan oleh hos serta penerbit podcast NoTapis, Cik Natasha Mustafa bersama koresponden, Encik Anwar Saleh.
Ini merupakan episod pertama daripada empat episod, yang akan diterbitkan dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB).
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg