Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu berkomplot bolehkan kekasih lakukan serangan seksual ke atas anak perempuannya

Dec 1, 2021 | 5:30 AM
e85cc8db-171f-47be-b6dc-74c17c691eef
-

SEORANG wanita berusia 62 tahun dituduh memegang pergelangan kaki anak perempuannya semasa anak itu berada di darjah lima untuk membolehkan kekasihnya melakukan serangan seksual terhadapnya dengan berpura-pura mengurut anak itu untuk merawatnya.

Pihak pendakwa raya berkata pasangan itu juga menyuruh kanak-kanak perempuan itu melihat mereka mengadakan hubungan seks supaya mangsa dapat belajar bagaimana untuk mengadakan seks dengan lelaki tersebut.

Lelaki tersebut sebelum itu menawarkan khidmat mengurut di sebuah kuil.

Wanita dan lelaki berusia 70 tahun itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi semalam.

Wanita itu dituduh berkomplot dengan lelaki itu untuk menganiaya anaknya secara seksual berulang kali antara 2012 dengan 2017 apabila kanak-kanak itu berusia antara 11 dengan 16 tahun.

Membentangkan hujah pembukaannya, Timbalan Pendakwa Raya Kumaresan Gohulabalan, berkata:

"(Wanita itu) merampas perlindungan seorang ibu daripada mangsa. (Lelaki itu pula) melakukan tindakan seksual yang amat keji terhadap mangsa yang 50 tahun lebih muda daripadanya."

Kedua-dua tertuduh tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa yang kini berusia 20 tahun.

Lelaki itu ingin mempertikaikan sembilan tuduhan serangan seksual dengan melakukan penetrasi, dua tuduhan mencabul kehormatan, tiga tuduhan eksploitasi seksual dan satu tuduhan menunjukkan video pornografi kepada seorang individu muda.

Sementara itu, wanita tersebut ingin mempertikaikan sembilan tuduhan berkomplot dengan lelaki itu untuk melakukan penetrasi seksual terhadap mangsa, tiga tuduhan berkomplot dengan lelaki itu untuk melakukan eksploitasi seksual terhadap mangsa serta satu tuduhan menunjukkan video pornografi kepada seorang individu muda.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa mengenali lelaki itu semasa di darjah dua pada 2009 ketika abangnya merupakan anggota kumpulan tarian singa di bawah bimbingan lelaki itu di sebuah kuil.

Wanita itu kemudian mula melawat lelaki tersebut di kuil bersama anak perempuannya dan dia mengurut kedua-dua mereka.

Pada 2011 lelaki itu mula mengurut mangsa dan keluarganya di rumah mereka.

Menurut pihak pendakwa raya, mangsa akan memberi keterangan bagaimana sesi mengurut itu berubah menjadi serangan seksual serius dalam flat keluarganya, dengan pengetahuan dan bantuan ibunya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg