Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ibu enam anak anjur liga bola sepak demi sokong hobi suami

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu enam anak anjur liga bola sepak demi sokong hobi suami

Jan 12, 2024 | 05:01 PM



Dek tidak mahu ketinggalan bila suaminya bermain bola di padang pada hujung minggu, si isteri tekad menjadi penganjur untuk liga bola sepak dan kini sibuk menguruskan perlawanan untuk pasukan tempatan.

Sejak 12 November lalu, Liga Goals Glory (Goals Glory League di Facebook) telah memulakan perlawanan dengan penyertaan lapan pasukan bola sepak, dan dalam masa sebulan, penyertaan telah meningkat kepada 16 pasukan dan perlawanan sedang berlangsung setiap hujung minggu hinggalah ke pusingan akhir yang dijadualkan pada bulan Mei.

Cik Nurul Natasha Mohamed, 37 tahun, mempunyai enam orang anak berusia antara dua hingga 17 tahun.

Seorang daripadanya, Laiqa Neelofa, 10 tahun, menghidap palsi serebrum (Cerebral Palsy) dan memerlukan lebih perhatian dan penyebab utama Cik Natasha memilih untuk mengurus rumah tangganya sendiri.

Dalam kesibukan itu, Cik Natasha berkata beliau teruja ingin mengadakan liga sosial ini untuk menyokong hobi suaminya, sekali gus memberi peluang untuk orang ramai bergiat dalam kegiatan sihat.

“Kalau dulu hujung minggu, kami suami isteri tidak banyak kegiatan bersama, tetapi sekarang, kami akan turun padang untuk mengurus dan menyaksikan perlawanan, jadi kami lebih banyak menghabiskan masa bersama dan lebih rapat dengan minat yang sama,” kata Cik Natasha yang meminati sukan bola sepak sejak kecil.

Menurutnya lagi, pemain terdiri daripada semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua, dan juga golongan bekas pesalah.

“Saya ingin membantu orang ramai untuk kekal cergas, menyokong minat mereka, menjauhi gejala dadah, dan juga terlibat dalam liga ini, kami juga menggalak anak-anak lelaki kami untuk beramal semasa Ramadan yang akan datang.

“Jadi saya pasti gembira kerana ia dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam liga, dalam kegiatan aktif dan juga beramal.”

Sebanyak 16 pasukan bola itu terdiri daripada pemain dari umur 17 tahun hingga 50 tahun, dan mereka akan bersaing untuk tempat pertama yang menjanjikan hadiah sebuah trofi, pingat untuk pemain individu dan wang tunai $800.

Antara tugas sebagai penganjur termasuk mengurus pasukan yang akan bersaing, menyewa padang untuk kegunaan liga, menyusun jadual waktu dan menyiapkan bahan pemasaran dan sebagainya.

“Tidak semestinya ini permainan lelaki, wanita tidak boleh ikut serta. Saya ingin menyarankan wanita di luar sana untuk menyokong hobi suami, kita juga boleh turut serta dan menjadikannya hobi kita juga,” kata Cik Natasha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >