Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu pejabat divisyen polis Clementi pindah, bagi pembinaan Laluan MRT Rentas Pulau

Oct 17, 2023 | 7:34 PM
BERI LALUAN KERJA PEMBINAAN: CRL dijangka dibuka pada 2032.
BERI LALUAN KERJA PEMBINAAN: CRL dijangka dibuka pada 2032. - Foto ZB

Ibu Pejabat Divisyen Polis Clementi dan Pusat Polis Kejiranan (NPC) Clementi akan berpindah bagi memberi laluan bagi pembinaan Laluan Rentas Pulau (CRL).

Ibu pejabat divisyen polis dan NPC di 20 Clementi Avenue 5 akan berpindah dari bangunan sedia ada ke lokasi baru di 6 Lempeng Drive pada 31 Oktober, 8 pagi.

Tapak baru itu merupakan lokasi ITE Clementi sebelum ini.

Dalam kenyataannya pada Selasa, polis berkata khidmatnya tidak akan terjejas oleh pemindahan tersebut.

Anggota awam yang memerlukan khidmat polis boleh terus ke lokasi baru, tambahnya.

Bagi kes bukan kecemasan, penduduk juga boleh menggunakan khidmat dalam talian Pusat Polis elektronik di police.gov.sg/e-services.

Penduduk yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi talian 999 dengan segera.

CRL dijangka dibuka pada 2032.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg