Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu rindu suara, tawa anaknya yang pergi terlalu awal

Jul 28, 2021 | 6:00 PM
395ff812-0363-4826-b252-77daeb8227dd
- Ihsan keluarga Encik Mohd Ridwan

SATU perkara yang membuat Cik Rahimah Lee Abdullah begitu merindui anaknya ialah gelak ketawa dan suara merdunya apabila menyanyi, yang sering mengisi rumah mereka. Kini, rumah mereka sepi dan Cik Rahimah, 62 tahun, hanya mampu menatap kibod muzik di bilik tidur anaknya, Allahyarham Mohd Ridwan. Allahyarham Ridwan, 17 tahun, mestruktur gelanggang bola keranjang berdekatan Blok 18 Bedok South Road menimpanya pada malam Isnin (26 Julai) lalu. Siasatan polis sedang dijalankan. Allahyarham selamat dikebumikan kelmarin di Pusara Aman. "Arwah memang gemarkan muzik. Beliau suka menyanyi dan belajar sendiri bermain kibod ," katanya sambil merenung ke arah bilik Allahyarham ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di Bedok South Avenue 1 pada Rabu (28 Julai). Menurut Cik Rahimah, anaknya itu bukan sahaja mempunyai kecenderungan terhadap muzik, malah berbakat dalam sukan dan merupakan pelajar cemerlang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg