Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu Sepanjang Hayat garis dua matlamat perkasa ibu Melayu/Islam

Aug 14, 2022 | 8:44 PM
b4d2959a-a6c3-41a4-a124-0a2371e2504f
-

KUMPULAN Ibu Sepanjang Hayat yang baru ditubuhkan akan memberi tumpuan kepada dua bidang utama demi membantu ibu Melayu/Islam dalam masyarakat. Antara aspek yang akan diberi perhatian termasuk menawarkan sokongan kepada ibu yang duduk di rumah agar mengutamakan penjagaan diri selain menawarkan peluang bagi ibu yang bekerja meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka. Menjelaskan demikian kepada Berita Harian (BH), antara pengasas kumpulan tersebut, Cik Rahayu Ahmad Asi, 45 tahun, berkata pihaknya akur tentang peranan wanita yang berubah-ubah sedang mereka beralih daripada menjadi seorang anak perempuan kepada seorang isteri, menantu, ibu dan kemudian penjaga kepada orang tua. "Dalam kita melayari pelbagai perubahan peranan dan tanggungjawab sebagai wanita, isteri dan kemudian ibu, ada kalanya kita terlupa apa yang membentuk keperibadian kita atau cuba memahami dan menyelami siapa sebenarnya diri kita," ujar Cik Rahayu. Ibu Sepanjang Hayat yang berada di bawah naungan pertubuhan bukan mengaup untung, Centre for Fathering dan gerakan Mums for Life bertujuan meraikan peranan penting yang dipegang ibu dalam memperkasa keluarga, menjalin hubungan dengan anak-anak di samping mendakapi daya tahan diri agar dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan mempunyai matlamat hidup. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (15 Ogos).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg