Ibu tujuh anak penerima Anugerah Ibu Teladan
Aug 21, 2022 | 5:30 AM
IBU TELADAN: Cik Pandithurai Parimala menerima Anugerah Ibu Teladan 2022 anjuran Jamiyah Singapura pada majlis yang diadakan di Swissotel The Stamford semalam. - Foto BM oleh DIOS VINCOY JR -
CIK Pandithurai Parimala, 41 tahun, merupakan penerima Anugerah Ibu Teladan 2022.
Penganugerahan tersebut telah disampaikan kepada ibu tujuh anak itu oleh Presiden Halimah Yacob semalam.
Majlis Anugerah Ibu Teladan anjuran Jamiyah yang diadakan di Hotel Swissotel The Stamford semalam memasuki tahun ke-29.
Ditanya apa yang memberinya kekuatan melalui segala cabaran selama ini, wanita berjiwa tekal itu berkata: "Senyuman di wajah ketujuh-tujuh anak saya."
Laporan lanjut: Nilai tugas mengasuh sewajarnya: Presiden Halimah

