Premium
Ibu tunggal alu-alukan program KidSTART
Apr 13, 2016 | 5:30 AM
MENDAMBA MASA DEPAN LEBIH CERAH: Cik Nora (bukan nama sebenar) berharap sokongan tambahan yang disediakan program KidSTART dapat memberi puterinya permulaan yang baik dalam hidup untuk merintis jalan bagi masa depan lebih cerah. - Foto THE STRAITS TIMES -
HANYA sekitar sebulan selepas mendirikan rumah tangga, Cik Nora (bukan nama sebenar) yang ketika itu sedang hamil, ditinggalkan suaminya.
Tanpa suami di sisi dan tanpa sokongan keluarga, yang tidak merestui hubungan beliau dan bekas suaminya itu, Cik Nora terkapai-kapai dalam kegelapan.

