PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kesesakan dan masa menunggu untuk mereka yang menggunakan laluan bas dan kereta di pusat pemeriksaan darat.
Dalam satu sidang media pada Sabtu, Komander ICA Woodlands, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Collin Tan, berkata ICA akan terus meningkatkan bilangan lorong automatik untuk menampung lebih ramai orang dan mempercepatkan pelepasan imigresen.
ICA juga memperkenalkan ‘Loop System’ atau sistem lingkaran, bagi bas Causeway Link (CW) supaya pemandu bas tidak lagi perlu melepasi imigresen dan sebaliknya boleh membuat pusingan ‘U’ untuk mengambil atau menurunkan penumpang di WCP atau Bangungan Sultan Iskandar (BSI).
Tambahan, pemandu dan penumpang kereta tidak perlu menggunakan pasport untuk melepasi imigresen dan boleh menggunakan kod QR melalui aplikasi mudah alih MyICA mulai awal 2024.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg