Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ICA rampas 3 pedang yang dikesan dalam kontena kapal di Stesen Pengimbasan Tanjong Pagar

Mar 10, 2022 | 8:48 PM
Pedang katana ditemui tersembunyi di dalam konsainan yang dilabel 'kad permainan'.
Pedang katana ditemui tersembunyi di dalam konsainan yang dilabel 'kad permainan'. - ICA

TIGA pedang katana telah dirampas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) daripada kontena yang memasuki negara ini di Stesen Pengimbasan Tanjong Pagar pada 8 Februari, menurut agensi itu dalam satu catatan Facebook pada Khamis (10 Mac). ICA berkata pegawainya melihat imej mencurigakan semasa mengimbas kontena sarat kargo itu dan memutuskan membuka kontena itu. Pedang katana itu kemudian ditemui tersembunyi di dalam konsainan yang dilabel 'kad permainan'.

ICA berkata menjaga sempadan Singapura adalah keutamaannya. "Kaedah penyembunyian serupa juga mungkin digunakan pengganas untuk menyeludup alat senjata ke Singapura. "ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan untuk mengesan dan menghalang percubaan penyeludupan, untuk memastikan Singapura selamat," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg