Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ICA rampas lebih 300 karton, 1,500 paket rokok tanpa cukai

May 11, 2023 | 5:30 AM
PATAHKAN USAHA MENYELUDUP: Rokok tidak dibayar cukai telah ditemui antaranya di kawasan bonet kereta Honda di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada April. - Foto FACEBOOK ICA
PATAHKAN USAHA MENYELUDUP: Rokok tidak dibayar cukai telah ditemui antaranya di kawasan bonet kereta Honda di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada April. - Foto FACEBOOK ICA -

PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah menggagalkan satu cubaan menyeludup 314 karton dan 1,558 paket rokok tanpa cukai dari Malaysia ke Singapura pada April.

Pada 18 April, satu kereta berdaftar di Malaysia telah menjalani pemeriksaan yang dipertingkat di Pusat Pemeriksaan Woodlands, menurut satu catatan Facebook agensi itu pada Selasa.

Satu video di laman itu menunjukkan pegawai ICA menemui rokok dari pelbagai bahagian kereta Honda, termasuk di bonetnya.

ICA menambah bahawa kes itu telah dirujuk kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut.

Dalam dua kejadian pada Januari 2023, pegawai ICA telah menemui lebih 800 kilogram tembakau kunyah di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Mengunyah tembakau adalah dilarang dan tidak dibenarkan untuk diimport ke Singapura.

Selain itu, ICA telah menggagalkan percubaan untuk menyeludup masuk 70,200 pod isian semula e-rokok dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia yang memasuki Singapura pada 28 Mac.

Pada 2022, ICA turut mengesan 35,000 kes penyeludupan, meningkat daripada 27,000 pada 2021.

Rampasan kes penyeludupan terbesar pada 2022 berlaku pada 24 Jun.

Dalam kes itu, 37,728 karton rokok tidak dibayar cukai disembunyikan dalam gulungan besar kerajang aluminium dalam satu bekas di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg