ICA rampas rokok tidak dibayar cukai lebih $82,000 dari kapal Indonesia
Premium
ICA rampas rokok tidak dibayar cukai lebih $82,000 dari kapal Indonesia
Jan 11, 2017 | 5:30 AM
TERSEMBUNYI DI KAPAL: Sebahagian daripada sekitar 804 karton dan 43 peket rokok yang dirampas ICA dari kapal berdaftar di Indonesia Sabtu lalu yang duti dan cukainya masing-masing berjumlah $75,460 dan $7,100. - Foto ICA -
BERATUS-RATUS karton rokok tidak dibayar cukai dirampas pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari sebuah kapal berdaftar di Indonesia, Sabtu lalu.
Rokok elak cukai itu ditemui dalam petak tersembunyi di kapal tersebut, yang tiba di Pusat Pelayaran Singapura selepas pegawai ICA menjalankan pemeriksaan lanjut di atasnya pada kira-kira 2.45 pagi.

