Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ICA tingkatkan pemeriksaan di pusat pemeriksaan menyusuli alat radioaktif yang hilang di Malaysia

Aug 25, 2018 | 3:01 PM
TINGKAT PEMERIKSAAN: ICA berkata pegawainya menggunakan peralatan seperti alat pengimbas dan pengesan untuk memeriksa tahap radiasi pada kargo, kenderaan dan orang ramai yang memasuki Singapura.
TINGKAT PEMERIKSAAN: ICA berkata pegawainya menggunakan peralatan seperti alat pengimbas dan pengesan untuk memeriksa tahap radiasi pada kargo, kenderaan dan orang ramai yang memasuki Singapura. - Foto FAIL BERITA HARIAN

PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah mempertingkatkan pemeriksaan di pusat pemeriksaan di sini, termasuk lapangan terbang, menyusuli laporan tentang alat radioaktif yang hilang di Malaysia, katanya hari ini (25 Ogos).

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa ICA sedang memantau kes alat yang hilang di Malaysia itu yang mengandungi iridium, sejenis bahan radioaktif.

Menerusi kenyataannya, ICA berkata:

"Pusat pemeriksaan kami mempunyai keupayaan untuk mengesan ancaman radiologi.

"Sebagai contoh, pegawai ICA menggunakan peralatan termasuk alat pengimbas dan pengesan untuk memeriksa tahap radiasi pada kargo, kenderaan dan orang ramai yang memasuki Singapura."

Polis Malaysia dilaporkan sedang mencari satu alat perindustrian yang mengandungi bahan radioaktif, yang hilang dari belakang sebuah lori pada 10 Ogos lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg