IHH Healthcare Singapore akan mohon tawar vaksin Sinovac di hospital, klinik Parkway Shenton

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IHH Healthcare Singapore akan mohon tawar vaksin Sinovac di hospital, klinik Parkway Shenton

Jun 5, 2021 | 4:23 PM

IHH Healthcare Singapore akan mohon tawar vaksin Sinovac di hospital, klinik Parkway Shenton

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menurut MOH,institusi jagaan kesihatan privet boleh memohon menjadi penyedia berlesen vaksin Sinovac-CoronaVac di bawah Laluan Akses Khas.
Menurut MOH,institusi jagaan kesihatan privet boleh memohon menjadi penyedia berlesen vaksin Sinovac-CoronaVac di bawah Laluan Akses Khas. - REUTERS

Penyedia jagaan kesihatan privet, IHH Healthcare Singapore akan memohon untuk memanfaatkan bekalan vaksin Sinovac Covid-19 di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) dan menawarkannya di beberapa klinik dan hospital setempat.

Semalam, MOH berkata institusi jagaan kesihatan privet boleh memohon menjadi penyedia berlesen vaksin Sinovac-CoronaVac di bawah Laluan Akses Khas dan memanfaatkan bekalan 200,000 dos yang dihantar ke Singapura awal tahun ini.

Dalam responsnya kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, Dr Noel Yeo, ketua pegawai operasi kumpulan itu berkata bahawa IHH Healthcare Singapore bermatlamat untuk menawarkan vaksin itu di klinik-klinik Parkway Shenton dan hospital terpilih.

Kumpulan itu adalah penyedia jagaan kesihatan terbesar di negara ini dan mengendalikan hospital Mt Elizabeth, Mt Elizabeth Novena, Gleneagles dan Parkway East serta rangkaian lebih 40 klinik jagaan asas dan cawangan khidmat sokongan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg