Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IHiS didenda $750,000, SingHealth didenda $250,000 bagi pencerobohan data

Jan 15, 2019 | 2:18 PM
SERANGAN SIBER SINGHEALTH: Serangan siber terhadap SingHealth pada Jun 2018 menyebabkan maklumat peribadi sekitar 1.5 juta pesakit, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, diakses tanpa izin.
SERANGAN SIBER SINGHEALTH: Serangan siber terhadap SingHealth pada Jun 2018 menyebabkan maklumat peribadi sekitar 1.5 juta pesakit, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, diakses tanpa izin. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SURUHANJAYA Perlindungan Data Peribadi (PDPC) telah mengenakan denda terbesarnya berjumlah $750,000 kepada Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHiS), yang merupakan agensi IT pusat bertanggungjawab bagi sektor penjagaan kesihatan Singapura, bagi kesilapan dalam memastikan keselamatan data pesakit.

Ini telah menyebabkan pencerobohan data paling teruk di negara ini.

Serangan siber terhadap SingHealth pada Jun 2018 telah menyebabkan maklumat peribadi sekitar 1.5 juta pesakit, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, diakses tanpa izin.

Meskipun IHiS merupakan vendor teknologi bagi sektor penjagaan kesihatan Singapura, PDPC berkata SingHealth juga harus bertanggungjawab sebagai pemilik sistem pangkalan data pesakit.

Oleh itu, SingHealth didenda $250,000.

Menerusi satu kenyataan hari ini (15 Januari), ketua pegawai eksekutif kumpulan SingHealth, Profesor Ivy Ng, turut meminta maaf kepada pesakit dan menerima denda oleh PDPC itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg