SEORANG lelaki yang sedang memancing ikan dekat Pulau Semakau Sabtu lalu (16 Jun) bersama enam temannya mendapat kejutan manis apabila mereka ternampak sekumpulan ikan lumba-lumba di dalam laut.
Menurut Encik Quek Wei Teck, 39 tahun, mereka ternampak sesuatu yang melompat keluar dari laut lalu mereka berhenti memancing untuk melihatnya dengan lebih dekat.
Terdapat enam ekor ikan lumba-lumba itu, katanya.
Tambahnya, salah satu daripadanya berwarna merah jambu.
[embed]https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=B9XH3tXlCUk[/embed]
Pengerusi Kumpulan Pemuliharaan Marin Persatuan Alam Sekitar (Singapura), Encik Stephen Beng, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa ikan lumba-lumba itu adalah ikan lumba-lumba kelasa Indo-Pasifik atau ikan lumba-lumba merah jambu.
Menurutnya, spesies ikan lumba-lumba itu biasa ditemui di perairan Singapura.
"Adalah penting untuk kita sedar akan kewujudannya dalam perairan kita dan bahawa mereka merupakan sebahagian ekosistem terumbu kita," ujar Encik Beng.
Tambahnya, orang ramai juga tidak harus membuang tali pancing dan jala ke dalam laut kerana mereka boleh membahayakan kehidupan laut termasuk ikan lumba-lumba, memerang dan penyu laut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg